Nov 29, 2010

Thesis, Presentation Dan Dot Dot Dot

Wohoho... lama yang amat penulis tak update blog ni kan? Nak² pasal tuan blog ni, lagi la lama. Sila salah kan tajuk diatas. Hahaha. Tadi baru je settle tacap² penulis punya thesis, harap² malam esok dah boleh print.

Setelah bergelumang dengan FYP ni, baru la penulis tahu rupanya bukan senang nak siapkan satu thesis, mau serabut gak kepala otak ni. Dah la dia punya format macam², nasib baik penulis dapat examiner yang tak banyak songeh. Kalau tak lagi la naya....

Esok dah ada student yang start present untuk FYP2, good luck la untuk korang yer. Pakai smart² & jawab soklan panel dengan bergaya....hahaha. Turn penulis hari last, hari Khamis. Kalau present hari last ni memang konfem kena psycho ngan budak² yang dah present awal. Tapi present awal ke lambat ke, dua² ada baik & buruknya kan...cuma harap² dapat buat yang terbaik.

P/S: Bila sebut je presentation, jantung aku degup laju²!