May 30, 2010

Trip To LA

Hahaha....(sungguh kurang sopan mulakan entri dengan gelak ketawa) Jangan mudah terpedaya ye pembaca² sekalian, tajuk entri kali ni bakal mengundang persoalan bukan? Iye la, tuan punya blog yang belum ada passport ni tiba² buat kenyataan pergi LA. Sebenarnya takde niat pun penulis nak tipu korang tapi sememangnya semalam penulis & family dah ke LA, bukan Los Angeles tapi La Hot Spring....ehehe.


Okay². Semalam, dalam pukul 9 pagi kitorang gerak dari rumah. Walaupun cadangan asal nak gerak lepas subuh, last² pukul 9 gak baru leh bertolak. Kitorang bercadang nak gerak awal² sebab La Hot Spring ni kat Besut, jaraknya kira² 200km dari rumah kitorang. Dalam perjalanan, penulis ternampak satu signboard betul² kat tepi simpang ke kolam air panas tu. Nak tau apa yang signboard cakap? Dia cakap..."Kolam Air Panas La ditutup kerana kerja² penambahbaikkan sedang dijalankan. Padan muka korang! keh3". Time tu rasa agak kecewa la jugak, mana tak nyer dah dekat nak sampai tiba² tutup plak. 200km tu, bukan dekat²....

Untuk kepastian, penulis try tanya pakcik² kat kedai kopi seberang jalan tu & pakcik² tu cakap signboard tu dah lebih setahun ada kat situ, tempat tu tak tutup pon, bukak je.... Haram jadah punye signboard, sape punye angkara ni? Nasib la pakcik² kat sini baik²....siap nasihat lagi, jangan drive laju² sebab jalan bengkang bengkok. Tapi ade satu soklan dari sorang pakcik ni yang buat aku terkelu, tak tau nak jawab apa. Agak² korang la, kalau ada pakcik tanya soklan cenggini, apa yang korang nak jawab? "Dok bowok gewe ko?"* Penulis rasa korang pon akan terkelu macam penulis kan? Takkan nak jawab macam ni: "Tak la pakcik. Kenape, anak dara pakcik nak ikut skali ke? Kereta kosong lagi ni" Hahahaha... Dalam hati ada niat nak jawab macam tu, tapi memang tak la kan.....

Pakcik² tu kitorang tinggalkan dengan kopi² diorang & perjalanan diteruskan. Memang betul apa yang pakcik² tu cakap, jalan masuk tu memang mencabar. Lalu celah² pokok kelapa sawit terasa macam trek rally pulak, cuma bezanya jalan dia jalan tar, bukan tanah merah.


Jam dekat² pukul 12, kitorang pon sampai la kat La Hot Spring ni.... Air dia memang panas beb, tak ingat pulak nak bawak thermometer tuk sukat suhu dia tapi kalau korang bawak telur & rendam dalam air ni, konpem boleh masak!

Celup², rendam², jirus², selam², air ni bagus untuk kulit tau...

Bila dah rendam kaki kejap kat kolam tu, ada la makcik sorang ni cakap yang kat atas sana ada air terjun, anak dia pergi tapi dia tak nak ikut. Dalam hati penulis... Oh! Rupa²nya ada air terjun gak kat sini! Apa lagi, terus angkat kaki pergi cari tempat tu...


Jumpa! Whoa...tempat ni sangat² cantik & bersih. Air kat sini sejuuk! & boleh la terjun, kuak lentang & segala macam kat sini...best²!

Time ni dah nak balik...nak ke kenduri kahwin pulak

Akhir kata, Cuti-Cuti Malaysia... Support our local tourism!

*"Tak bawak awek ke?" - walaupon besut ni masih dalam kawasan Terengganu, tapi orang² kat sini biasanya cakap dialek Kelantan.

P/S: Tadi penulis dapat tahu yang ibu kepada kawan penulis baru je meninggal.... Harap korang dapat sedekahkan al-fatihah kepada roh beliau. al-fatihah.

May 25, 2010

Berkebun & Berkelah: 2 Aktiviti Dalam Satu Masa?

Betul ke boleh buat 2 aktiviti iaitu berkebun & berkelah dalam satu masa? Kalau nak ajak penulis pergi kebun, ayah penulis selalu cakap "Ni bukan berkebun, kita pergi berkelah je.....". Hmm...yer yer apa² pon, penulis ikutkan je la....

So, pagi tadi dalam pukul 11(pagi la sgt..) bermula lah perjalanan

Penulis, (dengan muka paksa rela)

Bak selaku captain kapal

& Ma

Ke kebun yang tercinta. Kebun yang satu ni unik sikit sebab satu²nya cara nak sampai kat sini selain dengan helikopter ialah dengan bot. Kereta tak boleh lalu kat sini sebab memang takde jalan darat. Setelah dekat 20 minit menyusuri sungai, sampai la kami di jeti usang ni....

Boleh panggil jeti ke ni? Belasah je la hahahaha... Kalau nak tau, projek buat jeti pun ada dalam perangkaan projek masa cuti penulis. Tuan punya cuti pun tak tahu menahu, tiba² je dah ada macam² projek menunggu. Best kan aktiviti cuti penulis? Hehehe...

Meh² nak bawak korang round² kat kebun penulis ni. Tengok² apa yang ada...

Ini orang panggil pokok durian

Buah dia rupanya macam ni.... Tapi sepatutnya 4 atau 5 kali lebih besar dari ni. Ni penulis ambil gambar buah yang tak sempat masak tapi dah gugur...entah la kenapa, banyak pulak tu.

Yang ni pulak orang panggil pokok duku. Nampak bunganya tu? Dalam 2 bulan lagi masak la. Nampaknya tak sempat la penulis nak merasa kutip² buah ni semua sebab time tu mesti dah start blajar.....

Ini, kalau nak masuk hutan lebih baik bawak benda ni skali. Takde la rasa takut sangat...

& jangan lupa pulak bawak benda ni skali, klo tak jadi mat jenin je la kan,
pikul senapang tapi takde peluru...

Ni plak? ni la yang paling penulis anti sangat². Bukan sebab geli, tapi sebab terpaksa derma darah tanpa kerelaan hati. Harini pulak hari macam nak hujan, makin berpesta la makhluk² ni!

Tadi sempat jugak mancing ikan kat tepi tebing sungai tu, & dapat la jugak sekor....


Ni orang panggil ikan duri, rasanya lemak² manis. Eh² takde lah, penulis pun belum makan lagi ikan ni tak tau la best ke tak... Tapi yang penulis tau ikan ni takde racun, boleh dimakan. Cuma kena hati² sebab ikan ni ada sengat ye.


Lepas setel solat asar, ahli rombongan pun pulang la ke rumah. Otw balik,
ayah penulis cakap "Esok kita datang lagi..." Ah sudah!


May 23, 2010

Rongak & Jongang Band

video

Haa....ni la dia sebab musabab penulis suka dengar lagu Bila Diri Disayangi tu....
sumpah budak² ni dah buat penulis gelak golek²! Penulis salut kat penyanyi tu, nasib baik dia tak masuk AF8 kalau tak Shahir, kempunan la ko nak jadi juara....hahaha (Ops ade 'kipas' shahir ke kat sini? Sori ek...gurau jer). & salut gak kat drummer yang memang terbaek! Yang penting korang memang natural & lawak tahap gaban!

May 22, 2010

I'll Be Back

Dear bloggers, I'm not in the mood to write anything on my blog right now & still adapting to my holiday-mode-life.

Currently, I'm just do some blogwalking & watching movies (& still got almost 100 more movies to watch! Fuh!) But surely I'll be back! Will figure out the right time to do some exercise with my keyboard...

P/S: Old town white coffee commercial makes me burst my guts laughing. It's on TV, must watch!!

May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Bulan Mei ni memang full ngan hari peristiwa kan? Ada Hari Ibu, Hari Buruh, Hari Belia, Hari Jururawat.....macam² lagi lah. & hari ni, 16 Mei adalah Hari Guru.
So penulis nak ucapkan kepada semua cikgu, guru, ustazah, teacher & lecturer yang pernah mengajar penulis selama ni....

"Selamat Hari Guru"

Kat sini penulis nak kenalkan kat korang, cikgu yang paling penulis suka (semua cikgu pun penulis suka, tapi dia ni lain sikit, banyak bagi dorongan kat student dia. He's like an inspiration to me)....Encik Zahurin. Encik Zahurin ni ajar penulis subjek Computer Programming kat PASUM dulu. Penulis sangat² suka cara dia mengajar. Dia akan buat apa saja untuk buat student dia paham apa yang dia ajar. Dia sangat² kelakar & selalu mintak student panggil dia hokage (Ah, you hope! hahaha). Harap someday penulis dapat jumpa & pow milo paket dia lagi!


&& to my mum and my sis, Kak Ida & Kak Nur.....harap jadi cikgu yang best macam Ma & dapat hadiah berguni-guni! Hohoho. Tak lupa jugak kepada kawan² penulis & bloggers yang sedang, akan & telah jadi cikgu tu....selamat hari guru, didik la anak bangsa kita sebaik-baiknya.

Hokage wishing us good luck!


May 6, 2010

Movies Review (Holiday Mode)

Kali ni penulis nak post pasal movie² yangg penulis dah tengok semenjak abes final haritu. Setakat ni baru sempat tengok 3 movie. 3 hari lepas penulis tengok Iron Man 2 & semalam pulak tengok Ip Man 2 & When In Rome.

Iron Man 2 (2010)

Sut Iron Man ni memang penulis suka, nak² yang dia pakai kat Monte Carlo tu. Citer dia pulak...bagi penulis agak lambat sikit la, kalau nak banding ngan yang 1st dulu memang jauh beza. && part yang paling penulis tak puas ati...masa ending dia tu, senang giler Ivan kalah. Macam...la, camtu je? Penulis tak rekemenkan korang pegi tengok citer ni kecuali korang tak nak tertinggal time Iron Man 3 keluar nanti.

Ip Man 2 (2010)

Semalam besfren penulis, P-dus ngan 2 org member dia datang nak tengok Iron Man. Disebabkan penulis dah tengok citer tu penulis mintak la die belikan tiket Ip Man untuk penulis. Bila dia dah setel beli tiket, dia mesej penulis...

P-dus: Ip Man kul 12.45.
Penulis: OK, ko beli la untuk aku.
P-dus: Dah. Sempat x ko dtg?
Penulis: Aku dah gerak ni, sempat kot..ko nye Iron Man kul berapa?
P-dus: 12.25!!!

Bila penulis tengok, jam dah kul 12 suku. Berlari penulis pegi mandi n siap². Sebenarnye time penulis mesej P-dus yang penulis dah gerak tu, penulis tengah duk depan laptop lagi....hohoho. Bila fikir memang dah tak sempat, penulis call P-dus suruh dia tinggal je tiket tu kat kaunter. Nasib baik brader kaunter tu baik tolong simpan tiket penulis tu. OK² dah. Flow citer Ip Man 2 dia lebih kurang gak ngan Ip Man yang dulu. Aksi dalam citer ni memang terbaik la, kalau korang suka tengok Bruce Lee lawan, konfem korang akan suka Ip /man ni (dia tok guru Bruce Lee taw!). Memang tak rugi penulis pecut dari UMP untuk tengok citer ni. Hehehe...

When In Rome (2010)

Dah lama tak main mesej ngan P-dus ni, & mesej kali ni dah buat penulis gelak sorg²...

Penulis: Ko nak tengok Iron Man ek? Pastu nak pegi mana?
P-dus: Tengok When In A Room
(Penulis try search kat GSC, tak jumpa pulak When In A Room, When In Rome ada la)
Penulis: Mana ada When In A Room, When In Rome ada la! Memandai jer.....
P-dus: Yela² citer tu la...

Ye, citer ni citer jiwang. Kalau dah keluar dengan pompuan, kena la jugak tengok citer jiwang, takkan nak tengok citer action je...tapi citer ni memang best giler! Fa, pandai ko pilih...hehehe. Citer ni memang lawak, penulis suka part diorg naik kereta kuning tu....siap naik lift tu, tak leh blah! Kalau korang bercadang nak pegi tengok wayang, penulis suggest korang tengok la citer ni. Two thumbs up!

P/S: Korang dah tengok Ip Man 2? Anak Sifu Hung tu comel giler kan? Rasa macam nak cubit² pipi tembam dia tu!

May 1, 2010

Water-tube Boiler Project Turns To Water Tank Project

OK. Kalau korang pernah baca entri penulis sebelum ni, mesti korang dah tau aktiviti penulis yang paling 'best' lepas final exam ialah siapkan Projek Power Plant. Untuk projek ni group penulis kena buat prototype semacam steam generator/water-tube boiler dari barang² terbuang.....

So petang tadi kitorang gerak pegi BELI barang² 'terbuang' tu. Tapi ada satu lagi benda yang tak cukup, jadi tepat kul 10 malam tadi kitorang mulakan satu misi untuk dapatkan benda tu. Penulis tak boleh nak story lebih² pasal misi ni sebab ia dikalisikasi sebagai top secret. Malangnya misi kami malam ni tak berjaya. Walaupun sampai ke highway kami cari, tetap tak jumpa jugak benda tu..

Tapi malam ni adalah antara malam yang paling best sepanjang penulis berada di UMP sebab....




Yup, kitorang dah daki water tank tu.....hohohoho. Tiba² je rasa nak daki benda ni. Iye la... next sem dah pindah Pekan, dah takde chance nak datang sini lagi kot.